Saturday 11 June 2011

SIARAN LANGSUNG KELANTAN LWN TERENGGANU PIALA FA

LIVE STREAMING FINAL FA CUP KELANTAN VS TERENGGANU .Debaran pasti terasa oleh penyokong Kelantan dan Terengganu yang akan bertemu pada perlawanan akhir pada 11 Jun 2011 di Stadium Bukit Jalil.Perlawanan ini adalah penentu segalanya untuk bergelar juara piala FA tahun 2011.Kepada yang tidak dapat MENONTON SECARA LIVE di Bukit Jalil,jangan risau anda boleh menonton secara langsung di kaca tv melalui Astro Arena saluran 801.Kepada yang ingin menonton siaran langsung kelantan lawan terengganu di internet anda boleh ke wesite berikut :-
http://www.cikgusyahir.com/2011/06/live-streaming-kelantan-vs-terengganu.html

Sunday 5 June 2011

gambit Selamba orang kritik video marilah menari

KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontroversi.
KONTROVERSI...klip video Marilah Menari yang mencetuskan kontroversi.
KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.
Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.
Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.


“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.

Saturday 4 June 2011

VIP AYAT KILAFAIRY

KILAFAIRY... terima pelbagai gangguan.
KILAFAIRY... terima pelbagai gangguan.KUALA LUMPUR: Kariernya masih hijau, namun dek kerana memiliki pakej lengkap termasuk jolokan sebagai Angelina Jolie Malaysia, pelakon baru, Syakila Nisha Jangir Khan, 19, atau lebih mesra disapa Kilafairy mengaku diburu ramai lelaki hidung belang, termasuk orang kenamaan (VIP) sejak kebelakangan ini.Gangguan itu hadir menerusi pelbagai cara, termasuk panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) malah ada yang berani mengajaknya keluar meskipun baru kali pertama mencuba nasib.
Apapun, Kilafairy berkata, semua itu dianggap sebagai asam garam bergelar selebriti, apatah lagi dia baru bertatih dalam bidang seni.

N.Sembilan menang dua emas acara berbasikal

Negeri Sembilan terus menuai emas dalam acara berbasikal trek yang membuka gelanggangnya pada temasya Sukan Malaysia ke-14 di sini hari ini.
Negeri Sembilan mengalahkan Johor dengan kelebihan 0.774s dalam acara akhir 4 kilometer kejar-mengejar berpasukan selepas Abdul Rashid Ibrahim, Amirul Anuar Jafri, Mohammad Fairet Rusli dan Mohd Ekbar Zamanhuri.
Pingat gangsa dimenangi Kedah dengan catatan masa 4:56.722s setelah menyingkir Melaka (4:59.950s) untuk merebut tempat ketiga dan keempat.
"Kami tidak sangka dapat menang pada perlumbaan ini kerana Johor pada awalnya bersaing rapat masa dengan kami. Namun melihat kemampuan mereka (Johor) yang makin perlahan, kami gandakan kayuhan hingga ke akhir,” kata Amirul Anuar.